Doa yang termakbul
Beberapa bulan lamanya (hanya hari ini saya tersedar) saya menyesali sesuatu yang menimpa diri. Begitu banyak tekanan jiwa dan perasaan yang terpaksa ditanggung malah tidak cukup dengan itu turut mencalar prestasi dan menyebabkan pandangan buruk sangka (begitu ketara sekali ok). Terus-terang saya menerimanya dengan perasaan yang begitu kesal kenapa saya harus melalui semua ini. Ya saya telah secara lisan dan secara blog telah memaafkan namun saya tidak ikhlas (Saya masih berdendam). Kini saya bagaikan baru tersedar bahawasanya: itu antara doa yang termakbul! Dulu saya pernah berdoa bagaimana utnuk menghindar/mengelak/menolak pengaruh yang tidak baik. Saya pernah cuba pelbagai cara namun gagal. Kini doa saya dimakbulkan, saya tidak perlu menghindar/mengelak/menolak malah keadaan saya kini jauh lebih baik. Saya lupa ucap syukur dan lupa betapa Alhamdulillahnya keadaan saya sekarang ini. Doa kita dimakbulkan pelbagai cara. p.s: sudah lama ter...