Doa yang termakbul



Beberapa bulan lamanya (hanya hari ini saya tersedar) saya menyesali sesuatu yang menimpa diri. Begitu banyak tekanan jiwa dan perasaan yang terpaksa ditanggung malah tidak cukup dengan itu turut mencalar prestasi dan menyebabkan pandangan buruk sangka (begitu ketara sekali ok).  Terus-terang saya menerimanya dengan perasaan yang begitu kesal kenapa saya harus melalui semua ini.  Ya saya telah secara lisan dan secara blog telah memaafkan namun saya tidak ikhlas (Saya masih berdendam).

Kini saya bagaikan baru tersedar bahawasanya: itu antara doa yang termakbul! Dulu saya pernah berdoa bagaimana utnuk menghindar/mengelak/menolak pengaruh yang tidak baik.  Saya pernah cuba pelbagai cara namun gagal.  Kini doa saya dimakbulkan, saya tidak perlu menghindar/mengelak/menolak malah keadaan saya kini jauh  lebih baik.  Saya lupa ucap syukur dan lupa betapa Alhamdulillahnya keadaan saya sekarang ini.

Doa kita dimakbulkan pelbagai cara.

p.s: sudah lama teringin menulis entri yang ringkas.

Comments

Unknown said…
betul tu.. kdg2 tanpa kita sedar sbnrnya apa yg jd tu disebabkan oleh doa kita.. cuba kdg2 Allah tak tunjuk secara terang.. that y setiap yg berlaku itu ada hikmahnya...
Belladeone said…
insyaallah,setiap sesuatu yang berlaku akan mendekatkan diri kita dengan pencipta kita... =)
Kayu Manis said…
alhamdulullah..kak juga ternanti2 n3 dr sini...

semua manusia tak lps dr ujian..samada ia ujian yg berat atau ujian yg ringan..ingat ye, senang,sehat,kaya,bijak juga ujian..

ambil sebiji gelas kosong,tuang air kopi didlmnya.warna hitam pekat kan?lps tu sinarilah gelas itu dgn cahaya lampu.Rasa2 apa yg terjadi?adakah cahaya lampu itu mampu menerobos masuk ke dlm gelas?tentu tak kan.mcm mana ia nak masuk kalau hitam pekat.sekiranya air di dlm gelas itu,adalah air jarang,tentu cahaya mudah masuk menerobos dinding gelas.

mcm tulah dgn hati manusia,semakin kita tidak mampu mengawal emosi negatif,hati kita semakin keruh.itulah emosi negatif.emosi yg selalu menuruti nafsu dunia.
Kayu Manis said…
p/s ok boleh aje kalau nak share atau copy..
ShuQiTailor said…
Kata-kata juga sebahagian daripada doa..
follow me back..
http://cintashizen.blogspot.com/
Nong Andy said…
:D

Doa tu senjata dan kelebihan org mukmin. alhamdulilah.. doaku padaNya yg dulu-dulu-dulu terasa yg x kunjung tiba.. tapi hampir semuanya sudah di makbulkannya. Doa kita di dengar tapi tentulah Dia tak akan makbulkannya serta merta.. insyallah. ia akan di makbulkan.. mungkin bukan 2-3 tahun.. mungkin saja 10-20 tahun kemudiannya..

*Masa aku kerja kat UK Labuan, Aku lihat ramai pekerja pakai baju cantik, baju pejabat yg sungguh bergaya. Aku? cuma cashier biasa. Aku berdoa dlm hati. kalau aku di beri peluang melanjutkan pelajaran, aku nak jadi seperti mereka. ada kerjaya.. tak nak jadi cashier kedai biasa jer smpai berumah tangga. Dan .. rasanya doa itu dah di makbulkanNya :D aku sambung belajar pada usia 22 tahun.. mungkin lambat tapi tidak terlewat :)

itu antara doa-doaku Yg di makbulkanNya. Ada banyak lagi.. tapi biarlah rasia hehe..
Adie Achim said…
Queen Teratai:
dan yang sedihnya lupa untuk mensyukuri sedangkan apa yang diberi itulah yang terbaik. T.Kasih.
Adie Achim said…
Belladeone:
Betul! kejadian itu menyebabkan saya semakin mendekatiNya. Hanya kepadaNya tempat memohon pertolongan dan perlindungan.
Terima kasih
Adie Achim said…
K.nor:
InshaAllah kak saya akan ingat itu. Yang sebenarnya saya cuba mendidik hati untuk sabar dan redha namun hati juga berperang untuk menegakkan kebenaran dan menunjukkan apa yang sebenarnya.

"mcm tulah dgn hati manusia,semakin kita tidak mampu mengawal emosi negatif,hati kita semakin keruh.itulah emosi negatif.emosi yg selalu menuruti nafsu dunia."

Terima kasih. saya akan ingat itu.
Adie Achim said…
Haura' Maqsurah:
Tu lah pasal, kadang2 tanpa sedar berkata-kata dan apabila menimpa diri mulalah berburuk sangka dengan allah "kenapa aku? mengapa jadi begini?"
Terima kasih. akan follow :)
Adie Achim said…
Nong Andy:
Nong kamu punya banyak cerita untuk dikongsikan. Saya juga punya banyak cerita untuk dikongsikan. InshAllah one fine day kita akan jumpa. Mungkin boleh tukar2 cerita.

Saya tidak akan lupa doa yang sangat mustahil bagi saya (yang sehingga kini masih saya rasa sungguh ajaib) apabila doa saya untuk mengislamkan kedua ibu bapa saya termabkul. Itulah doa setiap kali selesai solat. Saya doakan namun dalam hati berbisik 'mustahil'. Saya lupa 'mustahil' itu milik Allah.
Adie Achim said…
K.Nor:
Terima kasih. Saya amsih berhutang untuk tunjuk kek sarang semut. :)
ShuQiTailor said…
terima kasih sudi follow saya..datang la jenguk baca artikel baru dari saya..

http://cintashizen.blogspot.com/2012/06/rahsia-disebalik-surah-al-kauthsar.html
Adie Achim said…
Haura' maqsurah:
Sama-sama. Insha Allah

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!