Yang dihargai para pengikut setia, (teruskan setia) Yang dihormati para pembaca budiman. (teruskan baca) Tidak sesekali bermaksud untuk menimbulkan provokasi kepada bro. Ben sekadar ingin menarik perhatian beliau. Memang mudah untuk menjadi antara 17,000 follower (sekadar klik pada butang 'follow'), cuma untuk menjadi yang terpilih untuk dilawat adalah kebarangkalian yang begitu tipis. Saya yakin betul beliau akan membaca entri ini, Terima kasih untuk itu dan entri ini juga buat tatapan umum, saya ingin anda turut terCABAR! Berapa orang di luar sana yang berpeluang melihat kelahiran bayi secara langsung? live! Ya, saya amat percaya bilangannya amat sedikit. Malah tanpa bertanyakan pada dady (panggilan buat ayah saya) saya amat yakin beliau tidak punya satu kalipun peluang melihat bagaimana proses kelahiran lima orang anak perempuan dan empat orang anak lelakinya. Bukan salah beliaupun! Cuma pada masa itu tidak ada polisi yang membenarkan si...
Salam hormat buat pembaca budiman. Mempunyai anak lingkungan umur 6 tahun, 5 tahun, 4 tahun dan 8 bulan bukanlah sesuatu yang mudah. Kadang-kadang tanpa sedar saya mengeluh betapa sukar untuk membesarkan dan mengasuh mereka. Selalu membandingkan dengan anak orang lain yang lebih tertib dan kelihatan mudah bagi ibu bapa mereka. Kerap memarahi mereka atas alasan untuk mendisiplinkan tetapi melalui pendekatan dan cara yang kurang sesuai. Saya pernah mengelak untuk membawa mereka ke pasaraya kerana kehadiran kami selalu menjadi tumpuan malah cukup dikenali. Kerap kali cashier bertanya 'mana anak-anak?'. Mungkin jarak umur antara mereka menyebabkan mereka begitu seronok bermain tidak kira di manapun berada. Secara peribadi saya selalu inginkan mereka dalam keadaan yang sentiasa bersih, kemas, teratur dan tertib. Namun saya lupa mereka masih kecil dan sedang belajar memahami hidup malah yang lebih tepat saya sendiri yang belajar tentang hidup melal...
Salam buat sekalian follower (Yang dihargai) juga buat sekalian silent reader (bila lah terbuka hati nak follow) Rakan-rakan memanggil saya dengan panggilan Jun, Din, Sya, Tek, Akim, Die dan sebagai rakan blogger saya dikenali sebagai AdieAchim. Melalui gelaran saya dapat mengenalpasti rakan saya itu dari kumpulan yang mana contohnya hanya rakan-rakan sekampung yang memanggil 'Tek'. Seorang rakan pernah berkata (saya harap dia akan tarik balik cakap) "Kau kawan yang baik!" Sejak kebelakangan ini saya selalu dihimpit dengan rasa bersalah yang amat sangat! Tatkala ramai yang mengatakan saya sudah tidak seperti dahulu. Saya akui itu! Malah saya membenarkannya berlaku dan hanya membiarkan. Betapa saya sudah melupai rakan-rakan saya (dalam konteks : keep-in-touch ) tetapi dalam hati saya ingat kalian semua. Kalianlah yang mematangkan saya! Jika dulu, saya kurang mengerti apa yang dimaksudkan dengan "kawan baik adalah apabila kita se...
Comments
mesti isteri masak sedap hari ni..kan
insyallah..
Mudah-mudahan.. Amin Ya Rabbil Al Amin.
Isteri kebetulan cuti dapatlah dia masak special :)
Selamat berpuasa K.Nor dan sekeluarga.
Terima kasih. InshAllah.
p.s: Ku harap jua dapat balik kampung raya nie, isteri x dpt cuti huhu :(