Tangisan pertama di bumi


Perkongsian dari :Cinnamon.com


Tangisan pertama di muka bumi adalah dilakukan oleh Nabi Adam as. kerana rasa sedihnya ketika dikeluarkan dari syurga dan mendapat kemurkaan Allah SWT .

Diriwayatkan bahawa Nabi Adam as.menangis selama tiga ratus tahun di bumi, dan tidak pernah mengangkat kepalanya ke langit kerana malu kepada Allah SWT .

Nabi Adam bersujud di atas gunung Himalaya di India selama seratus tahun , maka dia menangis lagi hingga air matanya mengalir ke lembah Sarandip. Maka Allah menumbuhkan pohon-pohon kayu manis dan pohon- pohon cengkih di lembah itu dengan bersumberkan airmata Nabi Adam.

Di samping tumbuh-tumbuhan , burung-burung juga menikmati airmata Nabi Adam. Burung-burung itu berkata : " Kami belum pernah meminum air yang lebih lazat daripada air ini . "

Nabi Adam itu mengira burung itu mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah . Maka Allah SWT memberi wahyu kepadanya : " Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat lagi lebih hebat daripada airmata orang yang taubat dari kederhakaannya ."

Perkongsian kali ini diharapkan memberi manfaat bersama .

Wassalam .

AdieAchim: Tangisan kita banyak ketika susah, malah tanpa segan silu mendongak ke langit.

Comments

Kayu Manis said…
sgt sedihkan..tangisan dunia pulak hilang couple..
Nong Andy said…
bagus perkongsian ni adie :D
Adie Achim said…
K.Nor:
Lupa bila tangisan taubat yang terakhir..
Adie Achim said…
Nong Andy:
Kalau Nabi Adam menangis selama 300 tahun, kita dapat bayangkan nikmat syurga sehingga begitu sekali penyesalannya.
Athirah Jinal said…
Suara yang sering membuat pengaduan/ bercerita pada Allah ketika senang, Allah akan bantu mereka ketika susah. InsyaAllah. :)
Adie Achim said…
AthirahJinal, Mafraq Jordan
Ya Allah.. aku jarang sekali mengadu/bercerita ketika senang.. alangkah indahnya.. alangkah bersyukurnya kalau dapat berbuat sedemikian. InshaAllah.
Terima kasih

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!