Roh di Bulan Ramadhan

 
 Google: Gambaran roh para Nabi dan Utusan ke Syurga Adnin



Y.Bhg Dato'/Tuan/Puan

UNTUK RENUNGAN BERSAMA DI BULAN YANG BARKAH INI, TQ


Assalaamu'alaikum Warahmatullaahi Wabarokatuh

: Roh di Bulan Ramadhan
      Apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

      Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

      Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

      Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

       

      Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.
       Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah.  Mari berlumba dalam kebaikan.

       P/s:  Saya menerima email ini dari adik nun Putrajaya. Maka saya forwardkan. Maaf saya kurang jelas sumber asli.


    Comments

    Nong Andy said…
    Terima kasih atas perkongsian ini.. Adie

    mari kita sama-sama memperbanyakkan kiriman-kiriman kita kepada mereka..
    Adie Achim said…
    Nong Andy:
    Sebab tu lah anak tidak ternilai harganya. Anak yang soleh dan doa berpanjangan.

    Popular posts from this blog

    Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

    7 purnama

    sekolah yang hilang!