Ada berani bawa hutang ke liang lahad?

Bab hutang boleh menyebabkan saya hilang selera makan kalau teringatkan.  Apatah lagi sekiranya si Polan yang memberi hutang duduk berdekatan (contoh kes).  Saya seorang yang amat mudah memberi pinjam kepada orang namun untuk menuntut semula bayaran sesukar untuk mencium dahi sendiri (contoh mengada).  Tahun ini saya akan pastikan segala hutang (pinjaman) diinsuranskan bagi mengelakkan beban sekiranya berlaku apa-apa.  Saya juga seboleh mungkin akan maklumkan si isteri (takkan nak mengadu kat ibu) sekiranya berhutang.  Dan saya belajar untuk tidak memberi hutang kepada sesiapa (kecuali yang mempunyai keboleh-percayaan yang tinggi untuk membayarnya) bagi mengelakkannya menanggung hutang serta azab!

p.s: Saya bukanlah seorang yang mudah untuk menghalalkan (terutama dengan orang-orang yang mencari sengketa) .  Sebabnya, kalaupun benar saya hendak  halalkan biarlah dengan hati ikhlas dan bukan terpaksa-paksa. Adat berhutang wajiblah dibayar!(Bukan begitu?)




Petikan dari :
cinnamon.com


Suatu ketika Nabi SAW sedang berada di masjid bersama beberapa orang sahabat. Tiba-tiba datang serombongan orang membawa jenazah ke masjid, maka Nabi SAW bersabda, “Apakah ia (jenazah tersebut) meninggalkan hutang?” Salah seorang dari mereka berkata, “Tidak, ya Rasulullah!!” Maka Nabi SAW mengimami shalat jenazah tersebut

Pada kesempatan lain ketika beliau sedang berada di masjid juga, beberapa orang membawa jenazah untuk disolatkan, maka Nabi SAW bersabda, “Apakah ia (jenazah tersebut) meninggalkan hutang?”

Salah seorang dari mereka berkata, “Benar, ya Rasulullah!!”

Beliau bersabda lagi, “Apakah ia meninggalkan sesuatu (untuk membayar hutangnya) ?” “Ada, ya Rasulullah, tiga dinar!!” Kata salah seorang dari mereka. Maka Nabi SAW mengimami shalat jenazah tersebut. Pada kesempatan lain lagi ketika beliau sedang berada di masjid juga, beberapa orang membawa jenazah untuk disolatkan, maka Nabi SAW bersabda, “Apakah ia (jenazah tersebut) meninggalkan hutang?” “Benar, ya Rasulullah!!” Kata salah seorang dari mereka.

Beliau bersabda lagi, “Apakah ia meninggalkan sesuatu (untuk membayar hutangnya) ?”

“Tidak, ya Rasulullah!!”

Maka Nabi SAW bersabda kepada para sahabat, “Solatkanlah kawanmu ini!!”

Tetapi beliau sendiri tidak ikut solat jenazahnya. Dalam riwayat lainnya disebutkan, ketika Nabi SAW memerintahkan para sahabat mensolatkan tanpa beliau mengikutinya, Ali bin Abi Thalib berkata, “Wahai Rasulullah, biarlah hutang jenazah tersebut saya yang menanggungnya!!”

Maka Nabi SAW mengimami solat jenazahnya.

Comments

Kayu Manis said…
ok boleh aje kongsi.

ha ah mcm suami kak mmg mudah memberi hutang..tgok kesusahan org tu..awal2 lg dia ckp dkt saya..kalau dia tak bayar pun tak apa..dia halalkan.

kita kena beringatlah hutang kita sesama manusia ni..jgn buat dek aje..

moralnya pandai hutang,pandailah bayarnya..kesannya tggu di akhirat nanti.
combi said…
nice advice...huuuu
Adie Achim said…
K nor:
Hmm.. kena belajar dengan suami akak nie. saya kurang pemurah untuk halalkan.
Adie Achim said…
Combi:
Makasih!
Nong Andy said…
kalau hutang dgn adik beradik ni.. susah sikit.. kita kata nak halalkan.. tapi selalu juga ungkit (tak iklas) haha.. habis dah banyak kali hutang tu hangus.. tu yg rasa iklas tu jadi nipis...

adie, aku jarang bagi hutang kan org lain kecuali kaum keluarga.. tapi ada gak jiran berhutang buat-buat lupa smpai sekarang ni.. dan sampai sekarang aku dok ingat.. dia tu lupa ke apa? nak tagih malu pula rasanya keh..keh..
Adie Achim said…
Kalau dengan adik-beradik harus lapangkan dada.. sebab kemungkinan besar adalah pinjaman kasih-sayang.

Ada seorang kawan bagi tips untuk tagih hutang yang dibuat-buat lupa ialah dengan meminjam kepadanya pula. Tapi saya tidak berjaya buat sebab malu :(
Jankaulu said…
Adie,

saya bab-bab hutang juga rasa sedih... Ada kawan saya dia hutang saya, dia kata tak ada duit nak bayar...

tup-tup baru-baru ini dia pergi umrah.
Adie Achim said…
saifudin abu izzudin:
benar itu :)
Kebelakangan ini juga saya kerap mikirkan betapa setiap hari adalah satu nikmat agung yang harus disyukuri.

Kbetulan nama kita sama cuman ejaannya beda. Makasih ya.
Adie Achim said…
Abg Jan:
Wah berani betul kawan tu hah. Empati saya mendengarnya. Saya punyai rakan yang berhutang dan setiap hari berjumpa seperti tidak ada apa yang berlaku. Malah kalau saya terpinjamkan duit (kes lupa bawa dompet) dia dengan segera mengingatkan utk bayar. Tapi mulut ini sangatlah berat untuk mengingatkan hutangnya pula. Boleh :(
Nong Andy said…
adie..

kesnya kalau aku mau pura-pura pinjam balik sama dia.. samalah mcm ko.. malu hehehe.. mau tagih hutang pun malu.. apa lagi konon mau minta hutang sama dia..
Nong Andy said…
Adie.. ni sudah komen 2-3 kali ni... ko ada terasa apa-apa kah ? hehe...
Adie Achim said…
Nong Andy:
Terasa sangat! (masuk cengkerang sdh nie) Sy br balik cuti hehee.. :)
Nong Andy said…
Adie,

nda lama lagi cuti Tahun baru Cina :)

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!