Innalillahi wa innailaihi raji’uun..
Saya thumb-in lewat ke pejabat hari ini. Sesuatu yang menganggu konsentrasi pemanduan. Dalam perjalanan menerima teks pesanan ringkas :
"Salam ini isteri Saiful... suami saya telah kembali ke rahmatullah smlm".
Saya memberhentikan kereta di tepi jalan dan mengamati teks dan rasanya cuba untuk menerima khabar ini. Saya memang ada mendengar arwah dimasukkan ke ICU namun tidak menyangka pemergiannaya begitu cepat. Saya memandu dengan kelajuan yang perlahan, hati sebak dan kenangan bersama arwah semasa di Sekolah Berasrama Penuh Tenom seolah ditayangkan semula.
Kali terakhir berjumpanya dua tahun yang lepas di Gunung Emas (Sabah), kemesraan kami masih utuh seperti zaman persekolahan dahulu. Arwah memang seorang yang periang dan mudah tersenyum.
Takziah buat isteri dan keluarganya.
Innalillahi wa innailaihi raji’uun..
“ Semoga Allah merahmatimu dan memberimu pahala” [Hadits Riwayat Tirmidizi 4/60]
Al-Fatihah.
Paling atas- kedua dari kiri |
Baris tengah - keempat dari kanan |
Foto dari FB |
Comments
"Innalillahi wa innailaihi raji’uun.."
Moga roh arwah di cucuri rahmat...
Alfatihah
Terima kasih
Terima kasih.
Terima kasih.