Warna syurga.

Salam buat pembaca budiman,


Secara kebetulan terserempak dengan seorang ustaz, biasalah harus perbualan menjadi begitu berhati-hati dan menjurus kepada islamik.Selalunya begitulah kita bereaksi dengan orang yang alim kan, bertuahnya mereka! Bukanlah berniat untuk menimbulkan isu warna hijau yang amat disukainya namun melihat pada motorsikalnya, begnya, bajunya malah beliau sendiri menambah rumahnya juga berwarna hijau.  

Si Ustaz hanya tersenyum dan berkata " Hijau ialah warna syurga malah penghuni Jannah memakai perhiasan dan pakaian berwarna hijau'.  Saya mengaku buat pertama kalinya mengetahui hal sedemikian dan membuat sedikit rujukan di internet.  Antaranya ialah;


Berikut dipetik beberapa ayat al-Quran serta maksud yang telah meletakkan warna HIJAU pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah.
1. Maksud ayat : ” Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”

2. Maksud ayat :  “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Surah Ar-Rahman : Ayat 76
3. Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Surah Al-Insan : Ayat 21

4. Maksud ayat : " Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal.
Surah Al-Kahf : Ayat 31

HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa.

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang indah oleh Allah. Rasulullah juga bercita-cita untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak. 


Kredit: Salihin.com

Comments

Ala.. adie,

Mau belajar suka warna hijau la ni.
Actualy aku nda berapa minat warna hijau ni utk baju.. tudung..

Tapi warna hijau tumbuhan aku memang suka la..

Thanks utk info ni.


Nong andy
Jankaulu said…
Saya suka menanam pokok warna hijau...
Adie Achim said…
Nong:
Kannn... Bah mari kita suka warna hijau.
Adie Achim said…
Abg Jan:
Saya suka menanam tumbuhan namun tumbuhan yang tidak sukakan saya.

p.s: Tangan panas, tak pandai jadi!
Kayu Manis said…
nak cat rumah warna green english plk..lps tu mengantuk aje ..
Adie Achim said…
Knor:
Wow! bleh jer tu kak.

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!