Tahun selamat
Salaam buat pembaca budiman, Masih belum terlewat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2014! Saya menyambutnya dengan menonton televisyen. Walau bagaimanapun memori bersiraman di malam detik tahun baru sentiasa terimbau, itulah budaya yang wajib kami(merujuk kepada adik-beradik) lakukan dahulu. Adik saya mengulas tahun 2013 merupakan tahun deritanya dan sebolehnya dia ingin lipat kemas segala peristiwa pahit dan saya hanya mengangguk walaupun dia tidak melihatnya dek perbualan melalui telefon. Saya angukkan kerana setuju dengan keputusannya untuk melupakan dan juga akui tahun tersebut memang mencabar. Lantas saya pula berfikiran begini, tahun tersebut tidak akan saya lupakan, ia merupakan satu titik tolak; cabaran hidup yang menuntut kekuatan, kebijakan, ketabahan, kesabaran, keberanian dan yang lain-lain (ayat kegemaran masa buat karangan). p.s: Apa-apapun dari kita saja bah tu (Jospeh Kajangan). Abg Jan pernah dengar lagu ni?