Tahun selamat

Salaam buat pembaca budiman,

Masih belum terlewat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2014! Saya menyambutnya dengan menonton televisyen.  Walau bagaimanapun memori bersiraman di malam detik tahun baru sentiasa terimbau, itulah budaya yang wajib kami(merujuk kepada adik-beradik) lakukan dahulu.  Adik saya mengulas tahun 2013 merupakan tahun deritanya dan sebolehnya dia ingin lipat kemas segala peristiwa pahit dan saya hanya mengangguk walaupun dia tidak melihatnya dek perbualan melalui telefon. Saya angukkan kerana setuju dengan keputusannya untuk melupakan dan juga akui tahun tersebut memang mencabar.  Lantas saya pula berfikiran begini, tahun tersebut tidak akan saya lupakan, ia merupakan satu titik tolak; cabaran hidup yang menuntut kekuatan, kebijakan, ketabahan, kesabaran, keberanian dan yang lain-lain (ayat kegemaran masa buat karangan).   

p.s: Apa-apapun dari kita saja bah tu (Jospeh Kajangan). Abg Jan pernah dengar lagu ni?

Comments

Kayu Manis said…
kejap ada kejap tak ada...
ok tak mengapa..

knor pun..tv pun tak tgok..

rasanya sudah berlalu thn baru islam..hari2 seperti biasa,in shaa Allah lebih baik dr smlm.
Anonymous said…
High 5!

Tahun sudah2 kami jejiran buat bbq bila new year. Tapi kali ni saya diam2 tgk tv smpai jam 2 pagi ja. Jeling sekali sekala mercun di luar. Jiran2 geng buat bbq tahun sudah2 balik kampung :P

Nong andy.
Anonymous said…
Ya adie,

Selamat tahun baru.. mudah mudahan tahun 2014 ni ko rajin menulis... hehe

Nong Andy
Jankaulu said…
Tak pernah dengar...

bagus kalau kita sentiasa bermotivasi...

Saya juga seperti Nong, harap adie rajin menulis. sayang kalau boleh menulis tetapi tidak menulis...

Tentu banyak yang mahu kita kisahkan tentang dunia dari mata kita...

salam tahun baru juga buat adie...
Adie Achim said…
Knor:
Sebenarnya.. was2 gak nak wish tahun baru kt akak.. hehe..

Insha Allah hari lebih baik dari semalam.
Adie Achim said…
Nong Andy,
Kekadang saya punya banyak bahan untuk diceritakan namun masa begitu mencemburui. Plus ada org yang cemburu nda bleh tgk org senang! malas ku ingau!
Adie Achim said…
Abg Jan:
Hari-hari merupakan pengisahan hidup yang penuh dengan adegan demi adegan. Untuk berkongsinya memang menarik tapi hati sangsi kalau ada yang salah erti.

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

sekolah yang hilang!