I beg to differ..
Assalam dan salam hormat buat pembaca budiman,
.
Amboi bukan main lagi tajuk entri, entahlah apakah akan relevan dengan apa yang AA perkatakan, ko ada entri tajuk omputeh?. Cuma sekadar perkongsian buat mereka yang adakalanya tidak sedar atau mungkin sedar tapi malas nak ambil pusing.
Kejadian ini sering kali berlaku, ok anda ke pasaraya dan cashier/pembantu cashier memasukkan barang-barang belian main sumbat jer.. mentang-mentanglah minyak rambut tu kecil lalu dimasukkan dalam beg plastik yang berisi snek atau apa jua item yang bukan sewaktu dengannya. Itu hanya satu contoh, malah saya pernah ada pengalaman semua barangan disumbat dalam satu plastik besar; dengan bawang, kentang, susu tin, syampu, ubat gigi dan yang paling sadis serbuk pencuci kain! Nasib baiklah telur itu dah siap diikat untuk dijinjing kalau tidak mau disumbat semuanya.
AA tidak akan biarkan perkara itu berlaku, biasanya akan menegur dengan cara elok, "miss/kak/dek boleh asingkan plastik? yang ni kan makanan dah tercampur ni." Saya akan cuba berdiplomasi dengan baik dan harapnya perkara tersebut dibetulkan tanpa ada jelingan tajam atau jawapan yang boleh menaikkan darah. Selalunya reaksi yang AA terima ialah mereka akan sedar dengan kesilapan dan memperbetulkannya cuma setakat ini tidak pernah lagi mendengar mereka meminta maaf (pernah juga AA yang meminta maaf tapi tidak ada rasa bersalah langsung di wajah mereka) dan selalunya riak mereka kelat bak peria (betulkah perumpaan tu?)
Katalah apa pun, tapi AA meminta untuk sesuatu yang wajar dan tidak keterlaluan. Mereka sebenarnya telah dilatih untuk mengasingkan plastik mengikut kategori item namun dek nak cepat dan berasakan membuang masa mereka langgar peraturan yang telah ditetapkan. Tapi ada juga kedai-kedai runcit yang melakukannya dengan sengaja (ni kes nak jimat kos). Adakalanya nak saja AA bertanya pada cashier tu kalau jadi pada mereka bagaimana, tapi risau juga kalau-kalau jawapannya "saya tak kisah!." Maka AA ketap bibir dan cuba positifkan diri (mungkin dia tidak sengaja, mungkin dia belum makan atau mungkin dia ingat AA lelaki jadi takkan kisah!)
Tetapi apa yang AA lalui agak pelik apabila terdengar suara sumbang di belakang "Ishh.. cerewetnya!." Ikutkan hati nak jer dijerkah orang yang tak sayang mulut tu.. tapi dah tua-tua begini belajar untuk mengabaikan. (Akhirnya..ada pengakuan tua di situ. Alhamdulillah)
p.s: Lega sedikit.. terlalu dahaga untuk menulis.
Comments