Pergi tanpa pamit
Kini, 'buat baik dibalas baik', menjadi kurang relevan bagi saya. Menjadi antara penyumbang statistik; Pembantu Rumah Lari, memberikan kesan yang begitu mendalam. Pergi tanpa pesan atau mereka kata begini "pergi tanpa pamit", yang sebenarnya kalau ada hal kecemasan pangkat moyang punya cemas pun.. beritahulah. Bermula dari episod tidak datang kerja, pergi cari ke rumah (dahlah rumahnya nun jauh dalam semak hutan) sehingga mendapat berita dari rakan-rakan senegaranya 'telah pergi' cukup memeritkan. Episod duka lagi traumatik apabila dimaklumkan oleh pihak Imigresen majikan hendaklah melaporkan kepada pihak polis berkenaan hal tersebut dan datang semula ke Imigresen bersama Surat Pembatalan Pas Pekerja Pembantu Rumah Asing serta menjelaskan bayaran penalti sekiranya masih memerlukan khidmat pembantu rumah yang baru juga bagi mengelakkan disenarai hitamkan. (Semput tak baca dengan ayat yang panjang tanpa koma? dan begitulah juga yang kami rasakan ketika i...