Pisces.. itu aku
As salam buat pembaca budiman,
Sepanjang atau sependek-pendek ingatan, saya mula tahu saya berbintang Pisces ketika berumur 12 tahun.. dari detik itu saya mula membaca ramalan horoscope di akhbar inggeris (dan itu juga satu-satunya laman yang saya baca). Pada ketika itu terlalu obses bagaimana ramalan itu menjadi benar dan apabila ianya tidak berlaku maka saya abaikan saja. Sudah terlalu lama saya tidak membaca tentang horoskop.. Tetapi saya adakalanya dapat menghidu mereka-mereka yang sebintang dengan saya (baunya agak hamis.. hehehhh).
Lihat kebetulannya yang mengena pada diri saya.
Personaliti Pisces (19 Feb - 20 Mac)
Personaliti Pisces
pisces memang terkenal dengan sifat ringan tulang
Kadang-kadang orang jadi pelik dan ingat ada udang di sebalik mee.. tapi sebenarnya tidak.. saya bantu dengan ikhlas hati dan slalunya atas sebab saya memang lapang masa dan lapang hati.
penuh tanggungjawab dan tidak mengharapkan sebarang balasan.
Benar.. saya tidak akan melakukan atas niat mendapatkan balasan. dan paling benci selepas bantu ditanya nak apa sebagai balasan.. Kenapa dunia sudah terlalu mahal untuk nilai bantu dengan ikhlas.
ketekunan pisces dalam melakukan sesuatu pekerjaan wajar dicontohi oleh orang lain.
Sangat fokus dan boleh ke arah bipolar (over ler tu!) saya pernah tida waras siapkan pameran bekerja dari malam hingga ke pagi tanpa tidur sedetikpun. Saya buat dengan senang hati.
sifat tolong menolong begitu menebal dalam dirimu. apa yang pasti, ia tidak tertumpu kepada orang-orang tertentu sahaja.
Saya suka menolong walaupun dengan orang yang tidak dikenali. Saya pernah mengalami ingin membantu seorang perempuan tua yang jatuh tersadung. Saya hulurkan tangan dan dia menolak dengan bersungguh-sungguh sedangkan keadaannya memang agak parah. Itu tak pelik sangat.. yang peliknya saya diketawakan atas sebab ditolak pelawaan untuk membantu. Saya cuma teringat bagaiamana kalau ibu saya jatuh tersadung dan moga-moga ada orang yang membantunya.
kamu tidak pandang pada paras rupa mahupun darjat dalam soal menyumbang tenaga. pisces juga mudah simpati dengan orang lain.
Saya setuju
kamu seboleh-bolehnya cuba menyelesaikan amsalah yang dihadapi oleh orang lain.
Selalu berlaku dan kadang-kadang hanya menyedari sudah terlalu jauh mencampuri urusan namun pada ketika itu sudah terlewat kerana sudah terjebak sama.
selain itu, kamu senang mendapat kawan dan ramai yang suka mendampingimu. pisces berfikiran luas dan tidak gemar mengkritik pandangan atau pendapat orang lain.
Dahulunya ya, sangat senang mendapat kawan dan begitu popular. Kini agak selektif mungkin pengalaman sosiologi menyebabkan begitu.
sebaliknya kamu suka mendengar dari bercakap. pisces jarang mendapat masalah walau di mana kamu berada.
Kurang bersetuju. Saya pernah dengar orang bercakap dan lebih suka bercakap bla bla bla..
kamu selalunya jujur dalam melakukan sesuatu dan sering mengelakkan dari melakukan sesuatu tanpa pengetahuan orang lain.
Amat kurang bersetuju.. Saya sukakan elemen surprise dan mengambil risiko melakukan tanpa pengetahuan orang lain.
Kelebihan dan Kelemahan Pisces
pisces gemar menyahut cabaran dan suka dihargai.
Pantang dicabar dan memang suka dihargai.. bukan dalam bentuk lisan cukup dengan satu senyuman, anggukan atau satu kefahaman.
tetapi tidak suka diri dikritik sepertimana kamu tidak suka mengkritik orang lain.
apabila dikritik, jangan terkejut jika pisces berubah sikap. dari seorang yang tenang menjadi terlalu senitif seterusnya kecewa dan mula merasakan hidup ini tidak bermakna.
Ampun.. saya pelik ka? Sangat benar pernyataan di atas.
kamu juga cepat putus asa sekiranya apa yang dicita-citakan menemui kegagalan. kamu mempunyai kebolehan dalam bidang muzik, perubatan dan lukisan.
Kurang benar (malas nak komen) masih terganggu dengan pernyataan sebelum ini.
pisces seorang yang idealistik, menaruh kepercayaan bahawa setiap orang harus bersikap tolong menolong. kamu sanggup berkorban membantu orang lain tanpa mengenal erti penat lelah.
Bukankah sepatutnya begitukah? Sangat kehairanan dengan sikap pentingkan diri sendiri. Kisah benar apabila meminta tolong seorang rakan untuk 'jumper' bateri kereta dan dijawab dengan selamba 'oh tidaklah.. nanti bateri kereta saya rosak'. Namu pada ketika orang tersebut mengalami kesusahan bab kereta.. saya boleh pula dengan senang hati bantu tumpangkan. Situasi berbeza namun masih dalam konteks bantu-membantu.
kamu juga bersikap tenang walaupun dalam situasi mengecewakan.
Tidak selalunya.. Wajah saya mengambarkan perasaan dan itu sukar untuk saya ubah. Mungkin Allah dah tetapkan begitu.
Comments