yang pergi, yang datang!



Salam,
Follower (yang terus-terusan menjadi pengikut)
Silent reader (yang terus diam-diam membaca)

Semalam saya mengadu kat isteri(yelah nak adu kat sapa lagi? dia jer yang sudi dengar..)
"mama rasa entri papa pasal mualaf tu melampau ka? hari ni papa check ada tiga follower keluar",
saya sebenarnya amat terkilan kalau kerana entri tu menyebabkan saya kehilangan tiga orang itu. Dengan jumlah pengikut yang tidak ramai saya sebenarnya boleh mengenalpasti siapa yang keluar, namun saya tidak sampai hati.  Biarlah... itu hak dia.  Sama seperti haknya pada ketika dia mula-mula menjadi follower saya.

Apa yang saya rasakan pada ketika itu bukanlah rasa kerugian pada jumlah yang terkurang tetapi lebih kepada rasa kehilangan.  Kehilangan pembaca yang selama ini mungkin menunggu entri-entri saya yang timbul tenggelam.  Di samping itu, saya rasa sedih bagi pihak mereka yang tidak memahami tujuan entri itu ditulis.  Walaubagaimanapun saya memohon ampun dan maaf (sekiranya tiga orang follower itu membacanya) sekiranya entri itulah sebabnya.  Entri ini khas buat anda. Saya akui mungkin saya kurang sensitif.

Pagi ini saya agak lewat membuka komputer, dek kesibukan kerja pejabat.  Saya masih terasa-rasa pedihnya kehilangan follower dan menjangkakan mungkin akan ada lagi yang keluar.  Namun betapa terkejutnya saya apabila mendapati jumlahnya bertambah kepada 13 orang menjadikannya 333.  Angka itu sangat bermakna dan sangat simbolik.  Itu merupakan rekod terbaik buat saya!  Sungguh saya gembira! (macam manalah agaknya perasaan Ben yang menerima berpuluh/beratus follower sehari dan pernahkah dia mengalami kehilangan?)







Comments

DamaVK said…
ade jea gmbr keris tu... huhuhu
Adie Achim said…
DamaVK:
Huhu.. sempat masuk! Masseyy!!!

Popular posts from this blog

Malas ku ingau tapi cmana nda ingau!

7 purnama

sekolah yang hilang!