Rezeki

Salam buat pembaca budiman.

Dalam perjalanan menuju ke pejabat saya dihiburkan dengan lagu nyanyian N.D. Lala bertajuk Rezeki.  Bukanlah kali pertama saya mendengarnya namun kali ini saya berpeluang menghayati (memandangkan cuti sekolah tidak ada keriuhan anak-anak di kereta) lirik lagunya.  Dan memang ada kebenarannya.



Google: Sekadar hiasan 


REZEKI
Tuah ayam nampak di kaki
Tuah orang siapa yang tahu

Kalau sudah memang rezeki kita
Tiada siapa pun yang boleh usik
Kalau memang bukan rezeki kita
Dalam mulut boleh keluar balik

Andai kita kaya
Ada yang lebih kaya
Andai kita susah
Ada yang lebih susah
Andai kita berkuasa
Ada yang lebih berkuasa
Andai kita lemah
Ada yang lebih lemah
Jangan putus asa
Pada nasib diri
Yang penting berusaha
Perbaiki diri

Siapa pun kita
Dimana pun kita
Segala yang ada
Cuma sementara

Baru dia minta kerja
Awak sudah macam-macam cakap
Apa macam awak punya
Bangsa mahu maju
Dia punya rezeki dia makan
Awak punya rezeki awak makan
Apa salah kita makan sama-sama

Oh… rezeki
Lagu: Aedil
Lirik: N.D. Lala, Jasni, Norazman


"Rezeki jangan ditolak"  itulah pegangan hidup yang sesuai dipraktikkan. Dalam era serba duit ini, memerlukan kita mencari peluang dan tidak melepaskan peluang yang ada. Cumanya kenalah timbang-timbang dari aspek hukum-hakamnya dan halal-haramnya.

p.s:  Selalu berangan untuk punya kerja sampingan untuk menambah pendapatan.  Namun belum berpeluang.  Belum rezeki :)

Comments

Nong Andy said…
kalau ada kerja sampingan bgus juga ada duit xtra. tapi lebih bgus lagi kalau ada masa xtra utk family :)
Adie Achim said…
Nong Andy:
Amboi.. terkedu sekejap membaca komen nie. macam nie cari extra duit utk extra time with family's vacation. Ok :)
Nong Andy said…
ok bah kalau ko Adie :)

*Aku pon berabis ni cari duit xtra mo gi jejalan nanti hehehe..
sukiman said…
saya perna buat kerja sampingan mengajar tpi berhenti. banyak makan masa dan letih.
kalau ada yg simple dan berlainan dengan kerja harian kita, tentu seronok...
Adie Achim said…
Nong Andy:
Kalau rasa nak shopping ala jutawan pegilah Bandung. Best dan berbaloi!
Adie Achim said…
Sukiman:
Lagi best kalau kena dengan minat atau bakat. Hmm.. jom kita cari minat yang boleh buat duit :)

Popular posts from this blog

Ben Ashaari: Saya cabar awak!

Esah 50 sen

Miss Receptionist vs Mr. Supervisor: Kehilangan