Rezeki
Salam buat pembaca budiman.
Dalam perjalanan menuju ke pejabat saya dihiburkan dengan lagu nyanyian N.D. Lala bertajuk Rezeki. Bukanlah kali pertama saya mendengarnya namun kali ini saya berpeluang menghayati (memandangkan cuti sekolah tidak ada keriuhan anak-anak di kereta) lirik lagunya. Dan memang ada kebenarannya.
REZEKI
"Rezeki jangan ditolak" itulah pegangan hidup yang sesuai dipraktikkan. Dalam era serba duit ini, memerlukan kita mencari peluang dan tidak melepaskan peluang yang ada. Cumanya kenalah timbang-timbang dari aspek hukum-hakamnya dan halal-haramnya.
p.s: Selalu berangan untuk punya kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Namun belum berpeluang. Belum rezeki :)

Google: Sekadar hiasan
REZEKI
Tuah ayam nampak di kaki
Tuah orang siapa yang tahu
Kalau sudah memang rezeki kita
Tiada siapa pun yang boleh usik
Kalau memang bukan rezeki kita
Dalam mulut boleh keluar balik
Andai kita kaya
Ada yang lebih kaya
Andai kita susah
Ada yang lebih susah
Andai kita berkuasa
Ada yang lebih berkuasa
Andai kita lemah
Ada yang lebih lemah
Jangan putus asa
Pada nasib diri
Yang penting berusaha
Perbaiki diri
Siapa pun kita
Dimana pun kita
Segala yang ada
Cuma sementara
Baru dia minta kerja
Awak sudah macam-macam cakap
Apa macam awak punya
Bangsa mahu maju
Dia punya rezeki dia makan
Awak punya rezeki awak makan
Apa salah kita makan sama-sama
Awak sudah macam-macam cakap
Apa macam awak punya
Bangsa mahu maju
Dia punya rezeki dia makan
Awak punya rezeki awak makan
Apa salah kita makan sama-sama
Oh… rezeki
Lagu: Aedil
Lirik: N.D. Lala, Jasni, Norazman
Lirik: N.D. Lala, Jasni, Norazman
"Rezeki jangan ditolak" itulah pegangan hidup yang sesuai dipraktikkan. Dalam era serba duit ini, memerlukan kita mencari peluang dan tidak melepaskan peluang yang ada. Cumanya kenalah timbang-timbang dari aspek hukum-hakamnya dan halal-haramnya.
p.s: Selalu berangan untuk punya kerja sampingan untuk menambah pendapatan. Namun belum berpeluang. Belum rezeki :)
Comments
Amboi.. terkedu sekejap membaca komen nie. macam nie cari extra duit utk extra time with family's vacation. Ok :)
*Aku pon berabis ni cari duit xtra mo gi jejalan nanti hehehe..
kalau ada yg simple dan berlainan dengan kerja harian kita, tentu seronok...
Kalau rasa nak shopping ala jutawan pegilah Bandung. Best dan berbaloi!
Lagi best kalau kena dengan minat atau bakat. Hmm.. jom kita cari minat yang boleh buat duit :)