Have a nice day! (ii)
Beginilah laluan ulang-alik ke tempat kerja. Perjalanan memakan masa lebih kurang lima belas minit. Tanpa rintangan lampu trafik. Perjalanan ini turut menyusuri pesisiran pantai memutih dengan pemandangan laut biru saujana mata memandang. Sedikit masa lalu saya hampir bepindah kerana dinaikkan pangkat. Namun saya menolaknya atas sebab-sebab yang sehingga kini saya tidak menyesal. Laluan ini turut menguatkan semangat semasa membuat keputusan itu. Alhamdulillah syukur nikmat! Gambar ini pernah saya gunakan sedikit masa lalu untuk menggambarkan laluan ke tempat kerja. Jauh bezanya namun kehijauan tetap sama. HAVE A NICE DAY!