Berkreatif
Salam buat pembaca budiman, Sesuatu yang menyeronokkan dan mengujakan saya ialah apabila berpeluang atau diberi peluang(samalah maksudnya kann?) untuk membuat satu inovasi kreatif. Saya akan menjadi begitu obses untuk menyiapkannya, walau apa jua rintangan sekalipun (Pulak! macamlah nak berperang). Tapi ada juga masa dan ketika terpaksa berperang dengan diri sendiri apabila idea dan material tidak seiring. Di bawah adalah buku pelawat bagi satu majlis perkahwinan antara dua doktor. Semasa hendak menghadiri majlis resepsi di sebuah hotel saya memikirkan apakah hadiah yang sesuai untuk diberikan. Kedua-dua doktor tersebut bertugas di wad isteri dan lebih istimewa doktor lelaki tersebut merupakan pembaca blog AdieAchim . Akhirnya saya menawarkan diri untuk membuat buku pelawat tersebut. Sesuatu yang berguna pada majlis tersebut dan boleh dijadikan kenang-kenangan. Bagi tujuan ini keperluannya ialah al...