Posts

Showing posts from June, 2011

Underconstruction

Image
Salam buat para follower! juga buat silent reader sekalian.. (Tiru macam MAS, dahulukan ahli Enrich!)  Mengambil iktibar dari Seksi Bani (yang semakin seksi blognya) dengan ini saya mengumumkan blog ini direhatkan buat sementara waktu bagi memberi ruang untuk dibuat sedikit pengubahsuaian (atau mungkin tidak.. sebabnya saya ni hard to please .. hee bleh??) Penulis sedang membuat program 'Jalan -Jalan Cari Blog' sebagai panduan pengemaskinian blog.    Bahan-bahan konstruksi diimport dari Bali, pekerja buruh dari Dubai, sedikit perabot Ikea dan tengah mencari-cari maples leaves Canada.    Harap maaf atas segala kesulitan (tak sulit pun sebenarnya) Semoga kita berjumpa lagi.  Sama ada dalam suasana baru atau suasana lama.  Kita tetap akan berjumpa lagi. TERIMA KASIH! p/s: Suspen.. dapatkah cari yang berkenaan di hati!

Suatu kebetulan...

Image
Salam, Selalu sangat saya salahkan pada suatu kebetulan, pada masa itu saya berasakan betapa kesalnya terjadi sesuatu bukan atas kemahuan diri tetapi hanya kerana mengikut gerak hati yang tidak dirancang.  Jarang pula saya berterima kasih pada suatu kebetulan yang menguntungkan, mungkin masa itu saya beranggapan bahawa saya memang bernasib baik. Pun begitu kebetulan tetap berlaku! Pernah juga saya mendapat buah fikiran kononnya: mungkin saja segala yang berlaku di dunia ini adalah rantaian kebetulan demi kebetulan sehingga akhirnya menjadi rentetan sebuah kehidupan.  Malah kesinambungan dari itu saya begitu percaya dan menjadi obses(juga menjadi obess he hee) pada pernyataan "dunia ini sebuah pentas opera, manusia sebagai pelakon dalam pelbagai watak." Tetapi jika benarlah begitu, kebetulan bukanlah perkataan yang sesuai atau mungkin tidak akan ada perkataan seerti untuk itu.  Sekiranya benarlah hidup ini cuma lakonan semata-mata kenapa tidak ada raptai atau suntingan ...

Bulan ALLAH

Image
As salam, Betapa..betapa dan betapanya diri saya ini, sungguh saya tidak menyedari tentang bulan yang satu ini.  Terima kasih buat seseorang yang mengingatkan, mungkin saja dia menyedari akan kelupaan dan kedaifan saya perihal hukum-hakam.  Dengan ini saya dengan sukacita dan serendah-rendah hati berkongsi tentang : KELEBIHAN BULAN REJAB   (KREDIT) Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat. Sabda Nabi s.a.w.: Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku. Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya. Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi) * Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus). * Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya. * Puasa tiga ha...

Yang klise tentang duit

Image
Yang sebenarnya saya secara tidak sengaja tersampuk/termenyampuk dalam perbualan antara rakan sekerja yang berdialog tentang "duit adalah segalanya"  dan saya memang suka mencabar sesuatu pernyataan yang klise, kawan saya menguatkan hujahannya dengan menyatakan "kebahagian tidak boleh dibeli dengan duit".  Bukanlah hendak menafikan bahawa terdapat pro dan kontra di situ, tetapi mau atau tidak di dunia yang kita pijak sekarang ini, kita sebenarnya terperangkap dengan "segalanya adalah duit". Yang berlaku sekarang ini ialah kita semua (kecuali para jutawan dan billionaire, duit yang bekerja untuk mereka) perlu bekerja untuk mendapatkan duit atau lebih mudah begini "kita bekerja kerana hendakkan duit" memanglah kita sertakan niat untuk mencari nafkah buat keluarga tetapi subjek matter nya ialah 'duit'.  Jadinya, kita perlukan duit buat menampung (isteri, anak dan kedua orang tua kita) mereka-mereka ini.  Saya minta anda tahan nafas dalam li...

Penulis yang baik!

Image
Salam para blogger sekalian, Yang sebenarnya saya dalam keadaan yang agak serabut... dengan masalah-masalah yang tidak perlulah saya  bebankan anda. (Tapi mungkin jika anda pinjamkan saya 1 juta cukup membantu) Namun saya tetap membuka blog , melihat-lihat kalau-kalau ada komen atau terjahan dari sang blogger. Dari situ saya selalunya tanpa sedar mengklik 'next blog'  untuk membuat pengembaraan blog.  Oleh kerana blog saya dalam versi melayu maka next-next blog tu melayulah.. dan kekadang indonlah.. tak kiralah.. tu kan namanya blogwalking atau saya panggil sebagai aktiviti 'Jalan-Jalan Cari Blog'. Juga.. saya ada satu perangai iaitu membaca semula entri yang telah dipos kalau-kalau terdapat kesalahan ejaan, tatabahasa, frasa, dan pelbagai kesalahan kecualilah memang saya berniat begitu.  Maka janganlah kehairanan kalau anda perasan ada perubahan teks atau imej, itu memang kerja saya! mungkin saya ingin menjadi penulis blog yang baik.  Anda rasa begitu? jika ...